Penyakit

KETAHUI JENIS CYST YANG MENGHUNI RAHIM

Posted On June 4, 2016 at 9:42 am by / No Comments

Cyst adalah sejenis ketumbuhan yang tumbuh dalam kilang ovari wanita. Cyst ada berbagai bagai jenis. Setiap jenis cyst ini berbeza kandungannya.  Ada cyst yang mengandungi cecair, lemak, tisu, tulang, cartillege, rambut, darah beku, cecair bercampur protien dan lain lain. Cyst jika tidak di rawat akan mengganggu kilang benih dan peranakan wanita.

Cystadenoma

1.Serous Cystadenoma cyst- cyst jenis in hanya mengandungi air dan sangat besar seperti orang yang hamil 9 bulan. Cyst ini tidak merbahaya dan bukan sejenis kanser.

Cyst fluid

Kandungan air yang dikeluarkan daripada cystadenoma. Hampir dua baldi banyaknya.

 

 

folicular cyst

2. Follicular cyst – Ianya berasal daripada karung telur tetapi tidak pecah sepenuhnya semasa proses ovulasi. Akibatnya ia terus membesar kadang kala melebihi saiz 5cm. Kebiasaannya cyst ini akan pecah sendiri dan air daripada cyst ini akan diserap oleh badan.

 

 

corpus cyst

3. Corpus Luteal Cyst- Cyst yang bermula daripada kantung telur yang telah pecah semasa ovulasi dan telah berlaku kehamilan. Corpus luteum berperanan untuk menguatkan rahim di peringkat awal kehamilan sebelum uri mengambil alih peranan tersebut. Cyst ini boleh membesar sehingga saiz 8cm, tetapi tidak perlu risau kerana kebiasaannya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya akan diserap oleh badan.

 

 

hemorhagic cyst

4. Hemorrhagic Cyst – cyst ini seringkali berlaku daripada follicular atau corpus cyst tetapi mengandungi darah. Apabila cyst pecah, berlaku pendarahan di dalam perut yang mengakibatkan kesakitan. Kes sebegini perlukan pembedahan segera.

 

 

Endomet

5. Endometriosis Cyst- Sel tisu yang tumbuh di luar rahim yang mengandungi darah kotor. Sering mengakibatkan kesakitan dan keradangan dan boleh merosakan sistem peranakan dan kemandulan jika tidak segera di rawat.

 

 

 

dermoid cyst1

6. Dermoid Cyst @ terratoma – cyst yang mengandungi lemak, rambut, gigi, tulang dan cartilage. Cyst ini tidak boleh diserap oleh badan dan perlu dikeluarkan melalui pembedahan.

 

sumber: Dr Hamid Arshat http://hamidarshat6.blogspot.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X