Pemakanan

KHASIAT JERING YANG PASTI MEMBUATKAN ANDA TIDAK PERCAYA

Posted On June 7, 2016 at 3:24 am by / No Comments

jering

Heboh mengenai keberkesanan jering digunakan untuk merawat kanser yang dikatakan melebihi proses kimoterapi moden yang dilakukan di hospital.  Kandungan dalam jering dipercayai dapat membunuh semua jenis kanser dan seterusnya merawat kanser. Malah, dikatakan amalan memakan jering dapat mengelak terbentuk atau permulaan merebak penyakit kanser dalam badan.

Sumber informasi menarik ini berasal dari salah satu produksi ubat terbesar dî dunia yg mengatakan bahawa setelah lebih dari 20 ujian makmal yang dilakukan sejak tahun 1970, terungkap bahawa , jering boleh MENGHANCURKAN SEL-SEL GANAS pada 12 jenis kanser, termasuk kanser usus, payudara, prostat, paru² dan pankreas.Kekuatan buah ini menunjukkan 10,000 kali lebih baik dari produk adriamycin iaitu sejenis ubat kemoterapi yang biasanya digunakan  untuk memperlambat pertumbuhan sel kanser.Apa yang lebih memeranjatkan jenis terapi dengan ekstrak jering hanya menghancurkan sel-sel kanser ganas dan tidak mempengaruhi sel² sihat.

Apapun, yang pasti khasiat ulam jering atau jengkol merawat penyakit diakui di kalangan penduduk di Malaysia. Ianya terbukti boleh merawat kencing manis kerana kandungan alkaloid di dalam jering dapat menurunkan paras gula dalam darah. Selain itu ianya juga bagus untuk merawat masalah kencing tidak lawas. Jering dianggap juga sebagai spektrum anti dadah terhadap jangkitan bakteria dan kuman, Ianya terbukti dari baunya yg kuat. Ia juga efektif terhadap parasit dalaman dan cacing, dan dapat mengatur tekanan darah yang terlalu tinggi serta berguna sebagai anti stress, memerangi stres dan perasaan gugup.

Jering memang terkenal di kalangan pengemar ulam.  Di kalangan orang Melayu, jering dipelbagikan penggunaannya dari buah muda hinggakan yang sudah tua. Ianya di makan sebagai ulam, ada yang dijadikan jus, direbus dan dijadikan emping.

Sumber: Institute of Health Sciences, 819 Sweden Riset Biosains. L.L.C. Cause Street.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X