Kesihatan

MAKANAN PENCETUS CYST FIBROID

Posted On February 26, 2018 at 6:19 am by / No Comments

Tanpa disedari, makanan menjadi faktor dan punca terbesar terjadinya cyst dan fibroid. Ini disebabkan kebanyakan makanan telah diubahsuai genetik, dibuang nutrien dan mengandungi bahan kimia yang menyebabkan kesan adverse pada badan.

Banyak kes di mana, walaupun pesakit telah buang cyst fibroid, masih lagi tumbuh cyst dan fibroid setelah satu atau 2 tahun. Ini tidak hairan kerana faktor pemakanan masih tidak di ubah seperti sebelum operate.

Jom kita baca senarai makanan pencetus cyst fibroid, yang wajib di elakkan jika mahu segera sembuh atau daripada tumbuh semula.

1.) Soya dan kolagen

Soya mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen. Bila berlebihan mengambil makanan atau minuman berasaskn soya, akan meningkatkan hormon estrogen dan menyebabkan ketidak seimbangan homon dlm badan, yang akhirnya akn menyebabkan berlakunya cyst dan fibroid.

Kolagen juga boleh menjadi trigger cyst fibroid menjadi semakin aktif dan besar.

Antara bahan herba yang mengandungi phytoestrogen:
Kacip fatimah
Puerira mirifica
Lobata
Evening primrose oil

Kebanyakan jamu seperti herba di atas boleh diamalkan secara sederhana , kerana walaupun mengandungi phytoestrogen mempunyai bahan aktif lain yang bagus untuk kesihatan wanita.

2.) Ayam daging
Ayam disuntik @ diberi makan hormon untuk mempercepatkan kadar pembesarannya. Kebiasaannya ayam diberi makanan yg ada sumber hormon estrogen, diberi antibiotik dan juga vaksin menyebabkan ianya sgt bertoksik dan berasid jika dimkn. Sebagai alternatif boleh makan ayam organik dan ayam kampung

3.) Ikan keli, talapia, patin @ikan sungai yang dibela
Kebiasaan ikan2 begini diberi makan makanan dedak yg ada sumber hormon tumbesaran sama seperti ayam. Juga boleh mencetuskan terjadi cyst dan fibroid.

4.) Makanan mengandungi Hidrogenated Vegetable Oil (HVO) dan minyak RBD.
Antara produk yg dihasilkan drpd HVO adalah marjerin,non dairy creamer, susu cair, susu manis, shortening. Bnyk terdapat dlm produk kek, biskut, kerepek, snek ringan dan lain lain.
HVO menyebabkn peningkatan kolesterol jahat dan menurukn paras kolesterol baik. Ia juga menyebabkn darah menjadi pekat, berasid dan sel2 darah bercantum. HVO tidak dpt dimetabolisma oleh sel menyebabkan ia melekat di saluran dinding darah, penyerapan nutrien berkurang dan oksigen tidak dpat disalurkan secara baik keseluruh badan.Kolestrol juga adalah penyebab kenaikan hormon estrogen.

Minyak RBD adalah minyak yg dihasilkan drpd proses refined bleaching dan deodorized. Antaranya minyak sawit, minyak soya, minyak bunga matahari, minyak jagung dan bnyk lagi. Minyak ini menghasilkan bahan radikal bebas dan perokside jika dipanaskan dan menghasilkan trans fat. Bahan ini meresap ke dalam makanan dan menyebabkan darah jadi berasid, meningkatkn kolesterol dan menjadi keradangan.

5) Gamat
Gamat dikatakan boleh menyebabkn sel cyst fibroid semakin membesar sama seperti kolagen

6) Gula putih dan segala makanan yg di tambah gula (kek,biskut,roti,minuman 3in1). Gula putih mengandungi bhn kimia spt asid dan alkali utk melunturkan dan memproses gula. Ini menyebakan gula putih sgt bertoksik dan boleh mengaktifkan lagi sel cyst dan fibroid.Gantikan penggunaan gula putih dgn gula organik, gula merah, gula molasses, gula melaka atau madu. Selain itu wajib elakkan gula sintetik seprti sukrolosa, dextrose, corn syrup, maltodextrin, aspartame dan lain2.

7) Daging lembu
Daging lembu perlu dielakkan sama sekali utk dimakan. Ia menyebabkn sel cyst dan fibroid bertambah besar dan menyebabkn kesakitan di bahagian yg bermasalah. Ini kerana daging lembu susah di hadam dan dagingnya bersifat asid.

8) Elakkan junk food dan makanan berproses
Makanan segera, frozen, mee segera, makanan ringan, gula gula dan snek sgt perlu dielakkn kerana bnyk bhn perasa,MSG, gula, pewarna sintetik yang hanya memudaratkan tubuh dan sel badan.

 

9) Elakkan seafood. Seafood lebih bertoksik dan tinggi histamin yang boleh meningkatkan keradangan pada tubuh. Peningkatan histamin juga menyebabkan peningkatan hormon estrogen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X