Kesihatan

Sabun Antibakteria Bahaya?

Posted On March 6, 2021 at 3:59 pm by / No Comments

Sabun Antibakteria Bahaya? Ramai orang tak tahu perkara ni…

Sebelum itu kita kenal dulu apa Itu Sabun Antibakteria.

Biasanya syarikat pengeluar akan mengatakan sabun antibakteria mereka mampu untuk membunuh kuman. Antara yang bahan biasa digunakan ialah:

  1. Chloroxylenol
  2. Benzalkonium chloride
  3. Benzethonium chloride
  4. Triclosan
  5. Cloflucarban
  6. Fluorosalan
  7. Hexachlorophene
  8. Hexylresorcinol
  9. Iodine complex (ammonium ether sulfate and polyoxyethylene sorbitan monolaurate)
  10. Iodine complex (phosphate ester of alkylaryloxy polyethylene glycol)
  11. Nonylphenoxypoly (ethyleneoxy) ethanoliodine
  12. Poloxamer-iodine complex
  13. Povidone-iodine 5 to 10 percent
  14. Undecoylium chloride iodine complex
  15. Methylbenzethonium chloride
  16. Phenol (greater than 1.5 percent)
  17. Phenol (less than 1.5 percent) 16
  18. Secondary amyltricresols
  19. Sodium oxychlorosene
  20. Tribromsalan
  21. Triclocarban
  22. Triple dye
Pada tahun 2016, US FDA telah haramkan semua bahan di atas kecuali 3 bahan terawal. Chloroxylenol, benzalkonium chloride dan benzethonium chloride masih tunggu data keberkesanan dan keselamatan daripada pengeluar.
Ada lagi sabun dan krim di pasaran di Malaysia guna bahan antibakteria ke-4 iaitu triclosan. Apa bahayanya Triclosan ini?
  1. Ia dikaitkan dengan rintangan antibiotik. Maksudnya, ia buatkan bakteria pembawa penyakit  jadi lebih kuat dan tahan daripada antibiotik.
  2. Ia ganggu hormon badan manusia.
  3. Ada individu dapat ruam dengan penggunaan bahan kimia antibakteria. Lebih teruk, ada yang alergi teruk sampai dikejarkan ke hospital.
  4. Triclosan berisiko mengganggu hormon tiroid.
  5. Triclosan juga berisiko toksik pada organ hati dan buah pinggang.
  6. Kajian tikus terhadap triclosan, kesannya ia merencatkan perkembangan saraf ketika dalam kandungan.
Triclosan ini juga mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam darah dengan mudah. Kajian di US menunjukkan 75% air kencing subjek kajian mengandungi triclosan ini.
Bukan itu saja, triclosan juga ditemui di dalam susu ibu.

Triclosan merupakan bahan aktif biasa dalam sabun antibakteria
Sabun antibakteria bukan sahaja tidak berkesan, tetapi merosakkan kulit dan organ tubuh badan. Malah ia juga mencemarkan alam.
Jadi nak guna sabun apa yang sesuai?
Tips Pemilihan Sabun Untuk Kulit Ekzema dan Sensitif
  1. Guna sabun biasa tanpa bahan antibakteria. Sebenarnya bahan antibakteria ini juga bunuh kuman baik asal yang kuatkan dan lindungi kulit.
  2. Bagi pesakit ekzema yang sensitif, dapatkan nasihat doktor untuk sapuan antibiotik yang sesuai dan efektif.
  3. Biasanya sabun antibakteria mempunyai pH tinggi (alkali kuat) untuk membunuh kuman. Pilih sabun dengan pH fitrah kulit iaitu sekitar 4.5-5.5
  4. Jika mampu gunakan bahan semulajadi atau lebih baik lagi sabun organik.
  5. Lotion water based juga boleh digunakan sebagai pencuci kotoran pada kulit sensitif. Pastikan lotion menggunakan bahan selamat.
  6. Apa yang lebih penting, pastikan membasuh tangan dengan kerap jika tiada masalah kulit sensitif.
  7. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif seperti ekzema dan psoriasis, pakai sarung tangan ketika mencuci. Ini kerana, pencegahan adalah lebih baik daripada kerap mencuci dan menggunakan sabun.
Kesihatan kulit dan tubuh badan sedikit sebanyak dipengaruhi penggunaan jagaan harian kita ini. Jadi kena pandai pilih apa yang kita nak gunakan dalam kehidupan seharian.
Semoga bermanfaat.
LIKE, SHARE dan tinggalkan respon anda.. 🙂

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X