Gula perang tu sihat?
Dapat dari mana info gula perang tu sihat?
Ramai orang salah faham. Selain gula putih, maka sihatlah gamaknya.
Dulu pun saya ada pemahaman macam tu. Selepas belajar dan banyakkan pembacaan baru tahu gula perang ni sama spesies saja dengan gula putih.
Cuma...
Gula perang mengalami proses bleaching yang minimum membuatkan nutirisi dan mineral pada gula tersebut tidak hilang sepenuhnya. Ia lebih baik sikit saja dari gula putih.
Namunn...
Ia tetap tidak sihat kerana ia bukanlah gula asal yang sebenar. Ia sudah diproses.
Gula perang dalam pasaran ni juga bukan kategori organik. Ia terdedah dengan racun perosak semasa penanaman, melalui proses GMO (genetically modified organism) dan bahan kimia yang dicampur sekali dalam pemprosesan.


Dalam pasaran, kita mungkin ada terdengar gula perang lebih baik daripada gula putih. Itu hanyalah gimik kesihatan untuk melariskan jualan syarikat mereka. Apa wajarnya kita perlu percaya?
Mengikut kajian, gula putih dan gula perang tidak memberikan sebarang manfaat langsung untuk kesihatan badan. Pakar nutrisi dan mereka yang arif tentang pemakanan menyimpulkan tiada sebab utama pun untuk jadikan gula perang sebagai ganti kepada gula putih.
Apa pilihan yang ada?

Carilah gula organik.
Bahan asalnya dari tebu. Tiada racun perosak. Non GMO. Tiada campuran bahan sintetik.
Lepas ni boleh claim sihat dan selamat.
Namunn..
Kalau nak betul-betul sihat.
Tinggalkan gula tu lagi baik, kerana badan tak perlukan gula. Badan kita boleh hasilkan gula sendiri daripada karbohidrat dan protein. Nak sihat juga tak perlukan gula.
Pengidap ekzema WAJIB STOP gula dalam tempoh yang panjang untuk pulih sepenuhnya.
