Pemakanan

Sedapnya la makan roti bosan-bosan ni. Tapi rupanya…

Posted On December 18, 2020 at 8:13 am by / No Comments

Sarapan pagi tadi roti canai. Tengahari kang sibuk dengan kerja, tak sempat dah nak keluar makan, makan je roti gadinia yang beli awal pagi tadi.
Habis waktu kerja, on the way balik kerja mesti singgah dulu kat gerai beli bomboloni. Bawa balik jadi minum petang kat rumah.
Perghhh. Sedap, manis giteww…
Sampai rumah semua tertunggu bekal dari kita. Tak sabar-sabar semuanya. Hai la anak oi.. ūüėÖ
Tapi perasan tak, anak-anak kita atau pun kita ada gatal-gatal pada kulit.
Merah-merah naik cam ruam-ruam. Sesetengah orang, lepas beberapa jam atau semalaman ia akan hilang.
Mana yang tak kuat tu, mula gatal sana sini. Garu sana sini. Dan benda tu tak hilang kat situ, dia akan kekal dan mulalah kita cari krim pelik-pelik untuk sapu kat badan.
Mana yang ok, oklah. Mana yang tak ok, bertahan jelah buat sementara ni.
Sis Zati nak pesan, kalau ada masalah ni, jangan sesekali makan makanan yang bahan utamanya adalah gandum.
Ini senarai makanan yang diperbuat dari gandum
  1. Roti canai
  2. Roti bun
  3. Mee/ Spageti/ Makaroni
  4. Jajan/ Keropok
  5. Kuih muih
Gandum ni ada gluten. Gluten ni sejenis protein dalam bijirin dan sangat tinggi dalam gandum. Ia protein yang kurang kualiti dan susah nak dicerna dalam perut.
Masalah besarnya kat sini, dia mampu membuka lapisan usus. Akhirnya lapisan dinding usus kita jadi bocor.
Bila bocor, sisa makanan, toksid, bakteria dan sebagainya keluar dan masuk ke dalam saluran darah.
Bila masuk ke dalam darah, imun badan akan anggap ia benda asing, jadi dia pun serang dan menyebabkan radang kulit.
Sebab itulah kulit jadi gatal dan mula timbul ruam kemerah-merahan.
Jangan biar lama-lama benda tu tau. Kang malu nak dekat dengan suami pulak. ūüėÖ
Semoga bermanfaat.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X